Thursday, July 2, 2009

Pengenalan Lampin Kain Moden

'Diaper' diperbuat daripada 'cloth/kain' dan 'disposable material' dimana 'cloth diapers' boleh dibasuh dan boleh dipakai berulang kali manakala 'disposable diapers' adalah 'diaper' yg mengandungi bahan kimia dan perlu dibuang setelah dipakai. Sehingga sekarang 'disposable diapers' masih menjadi pilihan utama. Namun begitu, sudah ramai ibubapa diluar sana yg peka terhadap kesihatan anak-anak mereka, mengambil keputusan utk menggunakan 'cloth diapers' yg boleh memberikan keselesaan, kesihatan, penjimatan kos dan kesan kpd alam sekitar.





Kebanyakan ibu2 sekarang bekerja(ibu berkerjaya la katakan...) so ‘Disposable diaper’ (DD) adalah pilihan mereka.Sbb apa? mudah, bila dh pakai terus buang jer. Kadang2 anak2 pki DD daripada ambik kt nursery/pengasuh (ptg) sampai nk dihantar pg esk , DD masih blum bertukar.(kwang..kwang..kwang...mcm pernah buat jer). Sebabnyer DD tersebut boleh menampung air kencing yg banyak.Cuba anda fikir, brapa byk bahan kimia yg diperlukan utk membuatkan DD mempunyai daya serapan yg tinggi. Berapa lamakah ank kita terdedah dengan bhn kimia tersebut??? kalau 3 thn anak kita pakai, 3 thn la bahagian 'tersebut' terdedah dengan bhn tesebut.Ada ibubapa yg masih memakaikan anak mereka DD sehingga ank berumur 4, 5, 6 dan ada jugak sampai ank 8 thn.






PERBANDINGAN ANTARA 'DISPOSABLE DIAPERS' DAN 'CLOTH DIAPERS'

a. 'Disosable Diaper' (DD)






* ada byk bahan kimia



- Dioksin : toksik yg boleh sebabkan kanser



- Tributyl-tin (TBT) : ‘high pollutant toxic’ yg boleh sebabkan masalah hormon kpd manusia dan binatang
-Sodium polyacrylate : Kristal yang sgt menyerap. Boleh sebabkan alergi spt muntah, demam,jangkitan



* penyebab asma dikalangan bayi Alam sekitar
* 50 % drpd sampah domestik rumah
* tidak mudah terurai ( 500 thn utk mereput)
* sumber ketiga TERBESAR sampah didunia w/pun hanya 5% populasi dunia guna DD
* perlu dibeli setiap bulan bagi setiap anak- dibuang slps pakai



* boleh sebabkan ruam (meningkatkan peratusan untuk ruam dari 5% (1955) kepada 78% (1991)
*‘Potty train’/Latihan membuang air : lambat kerana anak rasa KERING sepanjang masa disebabkan gel dalam DD

b. 'cloth diapers' (CD)



* Tiada bahan kimia
* Tiada sampah
* lebih selesa kerana material CD yg lembut



* Tiada ruam sbb kita peka bila dia basah
* lebih cepat belajar buang air ( anak PATUT rasa BASAH bila DIA BASAH )
* boleh diguna pakai sehingga 3 tahun (3-13 kg) dan untuk anak2 seterusnya






Banyakkan keburukan DD nie....Saranan saya, ibu2 diluar sana marilah kita buka ckit minda dan bertukarlah ke ‘Cloth diapers’ (CD)/lampin kain. Cd nie bukannyer mcm lampin kain zaman dulu2, ada pin napkin, sarung getah, napkin.

CD boleh diguna pakai berulang kali dan boleh pakai utk anak2 yg seterusnya.kan itu satu langkah penjimatan.CD diperbuat daripada serat semulajadi contohnya kapas, buluh atau hemp dan serat buatan iaitu mikrofibre atau lapisan luar yg kalis air iaitu ‘Polyurethane laminate- PUL’.PUL digunakan dalam kebanyakan penghasilan CD. Ia sebenarnya dihasilkan untuk kegunaan hospital dan ‘medical setting’. Tetapi ia memang amat sesuai utk CD utk mengelakkan kebocoran. PUL adalah ‘interlocked fabric’ yg terdiri daripada polyurethane fleece disebelah luar dan polyurethane layer laminated yg kalis air di bahagian dalam.




Okey, nie nk citer ckit pasal Lunatots Cloth diaper. Ini adalah contoh CD velcro;








  • A : Penutup insert – elak kebocoran


  • B : Lekatkan velcro untuk tentukan saiz pinggang


  • C : ‘Laundry tab’ - Lekatkan Velcro disini semasa nk basuh CD( utk tidak rosakkan CD)



  • D : MICROFLEECE ‘ - Lapisan dalam yg lembut



  • E : Lapisan luar – ‘ Polyurethane laminate' , PUL( tidak bocor atau bertahi lalat)



Ini adalah Insert/soaker yg akan serap air kencing yg diperbuat daripada ‘ MIKROFIBRE '


So macam mana? dah dpt gambaran tentang CD. Ini hanyalah hasil bacaan saya dari internet dan apa yg saya tau pasal serba sedikit berkenaan CD.










No comments:

Post a Comment

PROMOSI

Dapatkan 'Nursing Sleep Bra' yang amat selesa untuk dipakai semasa sesi penyusuan di waktu malam.Tiada klip, tiada zip, tiada butang.Mudah untuk dipakai dengan material yang lembut.Ia juga boleh dipakai di waktu siang. Boleh menggunakan 'nursing pad' bagi mengelakkan kebocoran susu.



Nursing Bra Fabulous Mom - Sleep Bra

Nursing Bra Fabulous Mom - Sleep Bra
OFFER Sarah Sleep Bra , RM35.90/PCS , NOW RM59.80 (2 PCS) for any design.